Sunday, 11 December 2011

5. RPH & Refleksi Pendidikan Seni Visual Tahun 5


 MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 5
TARIKH : 24 MAC 2011
MASA : 12:00- 1:00
TAHUN : TAHUN  5
BIL MURID : 8 ORANG
BIDANG : MENGGAMBAR
KEGIATAN : MENGHASILKAN GUBAHAN FIKIRAN 'TAMAN BUNGA' MENGGUNAKAN TEKNIK TAMPALAN KOLAJ DARIPADA BAHAN 'FOAM'
TAJUK : PEMANDANGAN DI TAMAN BUNGA
KONSEP UTAMA : MEMBENTUK, MENGGUNTING, MEREKA LETAK DAN MENAMPAL

OBJEKTIF PADA AKHIR PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN, MURID DAPAT:-

a) IMPLISIT
1. Memperkembangkan daya kreativiti dalam penghasilan gubahan fikiran menggunakan bahan yang belum pernah dieksplorasi sebelum ini.
2. Berfikir secara kreatif dan inovatif dalam penghasilan gubahan fikiran menggunakan bahan yang lain dari kebiasaan.

b) EKSPLISIT
1. Menghasilkan gubahan fikiran menggunakan bahan yang lain dari kebiasaan dan belum pernah dieksplorasi sebelum ini.

c) ESTETIKA
1. Menghargai dan menyayangi flora dan fauna yang wujud di sekeliling kita.
2. Menghargai dua daripada lima elemen asas seni reka iaitu rupa dan bentuk

PENGETAHUAN SEDIA ADA
1. Murid pernah menghasilkan gubahan fikiran.
2. Murid pernah ke taman bunga dan tahu akan suasananya.

PERSEDIAAN MURID
1. Kertas warna bersaiz A4
2. Kepingan 'foam' pelbagai warna
3. Pensel
4. Gam
5. Gunting
6. Bahan hiasan seperti butang, labuci, manik atau serbuk kilat

ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)
1. Carta aliran proses
2. Contoh karya yang telah siap
3. LCD
4. Komputer riba

BAHAN BANTU BELAJAR (BBB)
'Mould' bentuk-bentuk serangga dan haiwan.

KBKK
Menjana idea dalam penghasilan gubahan fikiran menggunakan bahan yang berlainan dari kebiasaan

NILAI
Memupuk nilai sabar, teliti, berkongsi barang dalam kalangan murid di samping berhati-berhati ketika mengendalikan alatan tajam.


Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Secara keseluruhannya, sesi pengajaran saya pada hari tersebut telah berjaya mencapai objektifnya. Semua murid dapat menghasilkan rekaan yang kreatif melalui teknik gunting dan tampal.


Kekuatan
Pendidikan Seni Visual merupakan subjek yang digemari oleh murid. Ini disebabkan murid-murid berasa seronok apabila melakukan aktiviti yang diarahkan. Ada dikalangan murid yang kreatif yang dapat menghasilkan corak yang menakjubkan. Pada hari tersebut saya telah menggunakan satu contoh rekaan sebagai panduan murid. Terdapat 7 orang murid yang berjaya menghasilkan corak yang menarik dengan menggunakan teknik guntingan dan tampalan.

Kelemahan dan cara mengatasinya
Tidak terdapat kelemahan yang ketara semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Murid-murid yang cerdas dapat menghasilkan corak mengikut kreativiti masing-masing dalam masa yang yang ditetapkan. Bagi murid-murid yang tidak dapat menyiapkan tugasan pada masa tersebut, mereka diarahkan utuk menyiapkan tugasan tersebut di rumah.

No comments:

Post a Comment