Sunday, 11 December 2011

4. RPH dan Refleksi Pendidikan Muzik Tahun 2


Mata Pelajaran : Pendidikan Muzik
Kelas : Tahun 2
Masa : 8.45 pagi – 9.45 pagi
Bilangan murid : 12 orang
Aspek : Persepsi Estetik
Item : 1.2 Melodi, warna ton, alat perkusi
Tajuk Lagu : Aku Burung Tiung
Kemahiran : Menyanyi dan memainkan alat muzik secara muzikal –
Tempo dan melodi.
Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid
boleh:
1. Memainkan dua alat perkusi mengikut corak irama yang berlainan.

Pengetahuan
Sedia ada : 1.Murid pernah menyanyi lagu ‘Aku Burung Tiung’.
2.Murid pernah mengendalikan dan memainkan alat
Perkusi kastenet dan woodblock
Strategi Kecerdasan pelbagai.
1. Muzik
2. Kinestik
3. Visual ruang

Nilai Murni : Kerjasama, berkeyakinan
Alat Bantu Mengajar : Laptop, LCD Projector, kibod, pita rakaman.
Langkah

Isi Pelajaran
Aktiviti
Catatan
Set Induksi
( 5 minit )
Aktiviti menarik nafas

1. Guru menayangkan klip video ‘menghidu bunga’ melalui slaid powerpoint.
2. Guru mengaitkan aktiviti ‘menghidu bunga’ dengan aktiviti menarik nafas dengan betul.
3. Guru tunjukcara dan bimbing murid menarik nafas dengan betul iaitu

dengan mengembangkan dada di bahagian diafragma sama seperti cara menghidu bunga.


1. Murid-murid memerhati dan mendengar keterangan guru.
2. Murid-murid meniru gaya menghidu bunga untuk menarik nafas dengan bimbingan guru.

Langkah 1
( 5 minit )
Memperkenalkan lagu

1. Guru menayangkan slaid powerpoint lirik lagu ‘Aku Burung Tiung’.
2. Guru memainkan rakaman lagu ini secara keseluruhan sebanyak 2 kali.


1. Murid memerhati lirik lagu yang di pamerkan sambil mendengar lagu yang dimainkan.

ABM :
laptop, LCD
Langkah 2
( 8 minit )
Menepuk corak irama.

1. Guru menepuk tangan mengikut corak irama.
2. Guru menayangkan corak irama kepada murid dan meminta murid menepuk.


1. Murid-murid memerhati dan mendengar dengan teliti.
2. Murid-murid menepuk dengan bimbingan guru.

Nilai : Berdikari, teliti, sabar.
Langkah 3
( 15 minit )
Menyanyikan sambil menepuk tangan mengikut corak irama.

1. Guru menyanyikan lagu ini dengan iringan minus one.
2. Guru menyanyikan lagu ini sambil menepuk tangan berpandukan corak irama tadi.
3. Guru dan murid menyanyi lagu tersebut.
4. Guru membimbing murid menyanyi sambil menepuk tangan.
5. Guru mengesan kesalahan pitch, sebutan dan tepukan semasa nyanyian.


1. Murid-murid memerhati dan mendengar dengan teliti.
2. Murid-murid ‘menyanyikan’ lagu ini.
3. Murid menynyi sambil menepuk tangan.

Nilai : Berdikari, teliti, sabar.
Langkah 4
( 15 minit )
Memainkan alat perkusi mengikut corak irama yang diimbas pada slide powerpoint.

1. Guru menayangkan gambar cara mengendalikan alat perkusi loceng dan kayu tik tok.
2. Guru menunjukkan cara mengendali dan memainkan alat


5. Murid-murid memerhati dan mendengar penerangan guru seterusnya memainkan alat perkusi tersebut mengikut corak

Langkah 3
( 15 minit )
Menyanyikan sambil menepuk tangan mengikut corak irama.

1. Guru menyanyikan lagu ini dengan iringan minus one.
2. Guru menyanyikan lagu ini sambil menepuk tangan berpandukan corak irama tadi.
3. Guru dan murid menyanyi lagu tersebut.
4. Guru membimbing murid menyanyi sambil menepuk tangan.
5. Guru mengesan kesalahan pitch, sebutan dan tepukan semasa nyanyian.


1. Murid-murid memerhati dan mendengar dengan teliti.
2. Murid-murid ‘menyanyikan’ lagu ini.
3. Murid menynyi sambil menepuk tangan.

Nilai : Berdikari, teliti, sabar.

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Secara keseluruhannya, objektif pengajaran saya pada hari tersebut telah mencapai objektifnya. 90% daripada murid telah dapat memainkan  alat perkusi dengan tempo yang betul manakala 10% lagi dapat bermain perkusi dengan bimbingan guru.

Kekuatan
Saya akui, subjek Pendidikan Muzik sangat digemari oleh murid-murid kerana ia menggabungkan aktiviti nyanyian, gerakan dan permainan alat perkusi. Penggunaan teknologi maklumat (power point) dalam persembahan set induksi menarik minat murid untuk mengikuti pelajaran seterusnya. Murid juga telah ditunjukcara tentang rentak dan tempo yang betul ketika bermain alat perkusi.

Kelemahan
Tiada kelemahan yang ketara dikenalpasti semasa sesi pengajaran. Cuma terdapat 2 orang pelajar yang perlukan bantuan kerana mereka masih belum dapat mengenalpasti rentak dan tempo muzik.

Cara mengatasi
Guru membimbing murid-murid untuk bermain alat perkusi dengan betul dengan iringan muzik.

No comments:

Post a Comment