Sunday, 11 December 2011

2. RPH & Refleksi P&P Pendidikan Moral Tahun 2


Tarikh              : 03 Mac 2011
Matapelajaran : Pendidikan Moral
Kelas               : Tahun
Nilai Utama     : Hemah Tinggi
Pecahan Nilai  : Kesopanan
Tajuk/ Isu:         Minta kebenaran guru besar.
Nilai sampingan:   Budi pekerti, berbudi bahasa.
Pendekatan:      Pembelajaran Aksi
Teknik:               Tunjuk cara & Simulasi
Objektif:       Pada akhir pengajaran murid-murid akan dapat 
1.    Menunjukan budi bahasa dan bersopan santun semasa berhubung dengan orang lain.

2.    Memupuk sikap bersopan santun dalam pergaulan antara manusia.
 
Unsur KBKK:  Murid dapat berfikir dan bertindak mengikut situasi
ABM: Gambar dua orang yang sedang berbual-bual
 
 
Langkah
Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan
Indusi set
(3 minit)
Bagaimana kita boleh memulakan
perbualan dengan seorang yang tidak dikenali?
Apakah akan anda lakukan setelah 
menerima bantuan daripada seseorang?
Sekiranya kita tidak menghormati orang
lain, apa akan berlaku?
Guru menanyakan beberapa orang murid tentang 
reaksi mereka.
gambar
orang sedang 
berbual-bual
Langkah 1
(10 minit)
Minta kebenaran guru besar untuk  balik awal kerana anda kurang sihat.
Catatan pemerhatian:-
-apa yang patut dilakukan  dan tidak patut dilakukan
-cara masuk ke dalam bilik G. besar
-memberi salam
-gaya berdiri di hadapan G. Besar
-cara memulakan perbualan
-cara minta kebenaran (berlagak macam orang  sakit)
-cara meninggalkan bilik
Aktiviti simulasi
Guru menyusun perlatan dalam kelas seolah-olah seperti
pejabat guru besar.
Guru main peranan sebagai guru besar.
Seorang murid dipilih untuk berlakon sebagai  pelajar sakit yang minta kebenaran.
Pelajar lain dibahagikan kepada kumpulan dan diminta   membuat catatan tentang perkara yang disenaraikan semasa lakonan.
Catatan boleh dibuat dalam borang pemerhatian 
borang
pemerhatian
Langkah 2
(10 minit)
Aktiviti lakonan mengikut kumpulan.
Murid boleh main peranan sebagai guru besar
Berpandukan catatan yang dibuat setiap kumpulan akan melakonkan situasi ini semula.
Kumpulan lain boleh melihat kelemahan kumpulan yang beraksi dan  memperbaiki diri mereka.

Langkah
(5 minit)
Tunjuk cara
Guru memberi pandangan tentang lakonan murid dan menunjukkan cara yang betul. 

Penutup
(2 minit)
Mengapa kita harus bersopan santun apabila
berhubung dengan orang lain?
Bersoal jawab dengan murid
Murid dibimbing untuk membuat rumusan



Refleksi Pengajaran dan pembelajaran

Pengajaran pada hari tersebut telah mencapai objektifnya kerana murid dapat menggunakan bahasa yang sopan dan bersesuaian dengan situasi, kelakuan yang betul serta tatacara yang bersopan ketika berhadapan dengan situasi meminta keizinan daripada guru besar untuk pulang kerana sakit. Ini dapat dinilai daripada lakonan simulasi yang mereka tunjukkan.

Kekuatan

Mengajar Pendidikan Moral bukanlah mudah kerana ia menuntut kefahaman yang tinggi di kalangan murid. Kekuatan yang terdapat semasa sesi pengajaran pada hari tersebut ialah pendekatan yang digunakan iaitu meminta murid melakonkan aksi yang sopan ketika meminta kebenaran untuk pulang ke rumah daripada guru besar. Lakonan tersebut dapat diaplikasikan sekiranya mereka menghadapi situasi sebenar. Pertuturan dan tingkah laku yang sopan diharapkan dapat menjadi amalan murid ketika berhadapan dengan orang yang lebih dewasa.

Kelemahan

Kelemahan yang dikenalpasti daripada sesi pengajaran pada hari tersebut ialah ada dikalangan murid yang tidak melengkapkan boring pemerhatian. Ini mungkin disebabkan oleh mereka tidak faham tentang apa yang perlu ditulis dalam borang pemerhatian tersebut. Perkara tersebut dapat diatasi dengan guru member penerangan yang jelas tentang cara melengkapkan borang pemerhatian tersebut. Guru juga boleh menggunakan borang pengurusan grafik

No comments:

Post a Comment