Saturday, 10 December 2011

1. RPH Bahasa Melayu Tahun 3

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Kelas : Tahun 3
Bil. Murid : 10 orang
Tema : Sukan Permainan
Tajuk : Senaman
Tarikh : 4 Ogos 2011
Masa : 8.00-9.00 pagi (60 minit)
Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat;
1) Murid dapat menyatakan 3 jenis aktiviti senaman pada kadar sekurang-kurangnya 80% sebutan dan intonasi yang betul. [2.1 Aras 1 (i)]
2) Membaca petikan “Senaman Oh Senaman” secara imbasan untuk menyatakan 3 fakta mengenai senaman secara lisan. [6.5 Aras 1 (i)]
3) Menulis 5 ayat tentang “Teknik Memanaskan Badan” berdasarkan petikan yang dibaca. [9.2 Aras 1 (i)]
Fokus Utama :
6.5 Membaca pantas secara imbasan untuk mendapatkan maklumat khusus.
Aras 1 (i) Menyatakan fakta yang dikehendaki daripada teks
Fokus Sampingan :
9.2 Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar atau dibaca.
Aras 1 (i) Merekodkan maklumat tentang sesuatu perkara.
2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.
Aras 1 (i) Menceritakan cerita yang didengar dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul
Kemahiran Bahasa : Mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.
Sistem Bahasa : Kosa kata: teknik, aktiviti, betis, bahu, melonggarkan
Ilmu : Pendidikan Jasmani, Sains.
Nilai : Kerjasama, keberanian.
Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)
Kemahiran Berfikir : Menghubungkaitkan, mencirikan, mengimbas kembali, menilai, penjanaan idea.
Kecerdasan Pelbagai : Interpersonal, Intrapersonal, verbal-linguistik
Pengetahuan Sedia Ada : Murid sudah mengetahui tentang aktiviti bersenam
Bahan Bantu Belajar : Komputer, sambungan Internet, gambar-gambar aktiviti
senaman, kamera digital
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
CATATAN

Gambaran mengenai
tajuk pembelajaran iaitu
‘Senaman Aerobik’

Pepatah: Pantang ajal sebelum undur.
Set Induksi (5min)
1. Guru menunjukkan murid video klip ‘Senaman Aerobik’.
2. Guru mengaitkan aktiviti dengan tajuk pelajaran.

KB :
Menghubungkaitkan,
mencirikan
BCB : mendengar aktif
BBB : video klip
‘Senaman Aerobik’
Ilmu:
Pendidikan Jasmani

Bercerita tentang
aktiviti senaman.
i. Apakah yang kamu
dapat perhatikan dalam
gambar tersebut?
ii. Di manakah individu
selalu bersenam?

Grafik: Borang penilaian
Langkah 1 (15 minit)
1. Guru meminta murid duduk secara berpasangan
2. Murid mengklik pautan web pembelajaran yang disediakan
3. Guru akan memberikan soalan panduan kepada murid
4. Seorang murid akan bercerita mengenai aktiviti yang boleh dilakukan ketika bersenam
5. Pasangan murid tersebut akan merakamkan cerita rakan dengan menggunakan kamera digital
6. Aktiviti yang sama diteruskan bagi pasangan tadi.
7. Murid diminta mendengar semula rakaman, dan menilainya bersama guru.

KB : Mengimbas
kembali,
menghubungkaitkan
BCB : bercerita dan
berbincang
BBB : Gambar aktiviti senaman, Movie Maker
KP : verbal-linguistik, Interpersonal.
Nilai: kerjasama,
keberanian
Ilmu:
Pendidikan Jasmani

Membaca petikan
‘Senaman Oh Senaman’
dan membuat peta minda


Morfologi
· Kata kerja
· Kata adjektif
Langkah 2 (20 minit)
1. Guru meminta murid duduk secara berkumpulan
2. Murid akan mengklik petikan “Senaman Oh Senaman”
3. Setiap ahli akan membacakan petikan
dengan bacaan mentalis
dan mencatatkan isi-isi penting
4. Ahli kumpulan akan membanding beza jawapan yang diperoleh seterusnya membuat peta minda
5. Setiap kumpulan akan membentangkan hasil di hadapan kelas
6. Guru akan menyemak jawapan (sebutan) murid
KB : Membanding
beza, menilai
BCB : bercerita dan
berbincang
BBB : petikan
‘Senaman Oh
Senaman’, Peta Minda
KP : Intrapersonal.
Nilai: kerjasama,
keberanian
Ilmu:
Pendidikan Jasmani

Membina ayat tentang
‘Teknik memanaskan
badan’.

Perbendaharaan kata:
· Teknik
· Aktiviti
· Melonggarkan
· Betis
· Bahu
Langkah 3 (15 minit)
1. Murid akan membaca dan menghayati petikan ‘Teknik memanaskan badan’.
2. Murid memberi tumpuan kepada pengertian perkataan yang berwarna
kuning
3. Murid diminta untuk menghasilkan ayat
mengenai teknik senaman berdasarkan perkataan yang diberikan.
4. Guru membetulkan ayat murid yang salah

KB : Mengimbas
kembali,
menghubungkaitkan,
penjanaan idea
BCB : berbincang,
inkuiri penemuan
BBB : Petikan ‘Teknik
memanaskan badan’,
gambar aktiviti
regangan, kamus.
KP : Interpersonal.
Nilai: keberanian
Ilmu:
Pendidikan Jasmani

Penutup kognitif
· Membuat rumusan isi
Pelajaran

Penutup sosial
· Memberi pujian
dan motivas
Penutup (5min)
1. Guru menyoal murid tentang perkara yang dipelajari.
2. Guru menyimpulkan pelajaran.
3. Guru memberi pujian dan dorongan kepada murid supaya berusaha membaiki pembacaan.



Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Secara keseluruhannya, pengajaran saya pada hari tersebut telah mencapai objektifnya kerana semua murid dapat menyatakan 3 jenis aktiviti senaman dengan betul. Di smping itu, murid-murid juga dapat membaca petikan dengan bacaan yang betul dan menyatakan 3 fakta tentang senaman secara lisan. Bagi aktiviti menulis ayat, 80% daripada murid dapat membina 5 ayat dengan baik manakala 20% lagi dapat membina sekurang-kurangnya 3 ayat daripada teknik memanaskan badan.

Kekuatan
Penggunaan klip video pada sesi set induksi Berjaya menarik perhatian pelajar dan mereka terikut-ikut akan aksi senaman yang ditayangkan. Rakaman aktiviti secara langsung dengan menggunakan kamera digital juga berjaya menarik minat pelajar untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti P&P. Penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran memudahkan tugas dan penerangan guru di samping memantapkan lagi kefahaman murid.

Kelemahan
Terdapat sedikit kelemahan dalam sesi aktiviti berkumpulan kerana sebahagian kecil ahli dalam kumpulan tidak memberikan kerjasama.

Cara mengatasi
Sebagai seorang guru, kita hendaklah memastikan kawalan kelas sentiasa terkawal. Semasa sesi perbincangan kumpulan, guru hendaklah mengarahkan ketua kumpulan untuk membahagikan tugasan mengikut tahap kemampuan murid. Di samping itu, guru perlu memantau setiap perbincangan agar semua ahli terlibat secara aktif.


No comments:

Post a Comment