Sunday, 11 December 2011

5. RPH & Refleksi Pendidikan Seni Visual Tahun 5


 MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 5
TARIKH : 24 MAC 2011
MASA : 12:00- 1:00
TAHUN : TAHUN  5
BIL MURID : 8 ORANG
BIDANG : MENGGAMBAR
KEGIATAN : MENGHASILKAN GUBAHAN FIKIRAN 'TAMAN BUNGA' MENGGUNAKAN TEKNIK TAMPALAN KOLAJ DARIPADA BAHAN 'FOAM'
TAJUK : PEMANDANGAN DI TAMAN BUNGA
KONSEP UTAMA : MEMBENTUK, MENGGUNTING, MEREKA LETAK DAN MENAMPAL

OBJEKTIF PADA AKHIR PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN, MURID DAPAT:-

a) IMPLISIT
1. Memperkembangkan daya kreativiti dalam penghasilan gubahan fikiran menggunakan bahan yang belum pernah dieksplorasi sebelum ini.
2. Berfikir secara kreatif dan inovatif dalam penghasilan gubahan fikiran menggunakan bahan yang lain dari kebiasaan.

b) EKSPLISIT
1. Menghasilkan gubahan fikiran menggunakan bahan yang lain dari kebiasaan dan belum pernah dieksplorasi sebelum ini.

c) ESTETIKA
1. Menghargai dan menyayangi flora dan fauna yang wujud di sekeliling kita.
2. Menghargai dua daripada lima elemen asas seni reka iaitu rupa dan bentuk

PENGETAHUAN SEDIA ADA
1. Murid pernah menghasilkan gubahan fikiran.
2. Murid pernah ke taman bunga dan tahu akan suasananya.

PERSEDIAAN MURID
1. Kertas warna bersaiz A4
2. Kepingan 'foam' pelbagai warna
3. Pensel
4. Gam
5. Gunting
6. Bahan hiasan seperti butang, labuci, manik atau serbuk kilat

ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)
1. Carta aliran proses
2. Contoh karya yang telah siap
3. LCD
4. Komputer riba

BAHAN BANTU BELAJAR (BBB)
'Mould' bentuk-bentuk serangga dan haiwan.

KBKK
Menjana idea dalam penghasilan gubahan fikiran menggunakan bahan yang berlainan dari kebiasaan

NILAI
Memupuk nilai sabar, teliti, berkongsi barang dalam kalangan murid di samping berhati-berhati ketika mengendalikan alatan tajam.


Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Secara keseluruhannya, sesi pengajaran saya pada hari tersebut telah berjaya mencapai objektifnya. Semua murid dapat menghasilkan rekaan yang kreatif melalui teknik gunting dan tampal.


Kekuatan
Pendidikan Seni Visual merupakan subjek yang digemari oleh murid. Ini disebabkan murid-murid berasa seronok apabila melakukan aktiviti yang diarahkan. Ada dikalangan murid yang kreatif yang dapat menghasilkan corak yang menakjubkan. Pada hari tersebut saya telah menggunakan satu contoh rekaan sebagai panduan murid. Terdapat 7 orang murid yang berjaya menghasilkan corak yang menarik dengan menggunakan teknik guntingan dan tampalan.

Kelemahan dan cara mengatasinya
Tidak terdapat kelemahan yang ketara semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Murid-murid yang cerdas dapat menghasilkan corak mengikut kreativiti masing-masing dalam masa yang yang ditetapkan. Bagi murid-murid yang tidak dapat menyiapkan tugasan pada masa tersebut, mereka diarahkan utuk menyiapkan tugasan tersebut di rumah.

4. RPH dan Refleksi Pendidikan Muzik Tahun 2


Mata Pelajaran : Pendidikan Muzik
Kelas : Tahun 2
Masa : 8.45 pagi – 9.45 pagi
Bilangan murid : 12 orang
Aspek : Persepsi Estetik
Item : 1.2 Melodi, warna ton, alat perkusi
Tajuk Lagu : Aku Burung Tiung
Kemahiran : Menyanyi dan memainkan alat muzik secara muzikal –
Tempo dan melodi.
Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid
boleh:
1. Memainkan dua alat perkusi mengikut corak irama yang berlainan.

Pengetahuan
Sedia ada : 1.Murid pernah menyanyi lagu ‘Aku Burung Tiung’.
2.Murid pernah mengendalikan dan memainkan alat
Perkusi kastenet dan woodblock
Strategi Kecerdasan pelbagai.
1. Muzik
2. Kinestik
3. Visual ruang

Nilai Murni : Kerjasama, berkeyakinan
Alat Bantu Mengajar : Laptop, LCD Projector, kibod, pita rakaman.
Langkah

Isi Pelajaran
Aktiviti
Catatan
Set Induksi
( 5 minit )
Aktiviti menarik nafas

1. Guru menayangkan klip video ‘menghidu bunga’ melalui slaid powerpoint.
2. Guru mengaitkan aktiviti ‘menghidu bunga’ dengan aktiviti menarik nafas dengan betul.
3. Guru tunjukcara dan bimbing murid menarik nafas dengan betul iaitu

dengan mengembangkan dada di bahagian diafragma sama seperti cara menghidu bunga.


1. Murid-murid memerhati dan mendengar keterangan guru.
2. Murid-murid meniru gaya menghidu bunga untuk menarik nafas dengan bimbingan guru.

Langkah 1
( 5 minit )
Memperkenalkan lagu

1. Guru menayangkan slaid powerpoint lirik lagu ‘Aku Burung Tiung’.
2. Guru memainkan rakaman lagu ini secara keseluruhan sebanyak 2 kali.


1. Murid memerhati lirik lagu yang di pamerkan sambil mendengar lagu yang dimainkan.

ABM :
laptop, LCD
Langkah 2
( 8 minit )
Menepuk corak irama.

1. Guru menepuk tangan mengikut corak irama.
2. Guru menayangkan corak irama kepada murid dan meminta murid menepuk.


1. Murid-murid memerhati dan mendengar dengan teliti.
2. Murid-murid menepuk dengan bimbingan guru.

Nilai : Berdikari, teliti, sabar.
Langkah 3
( 15 minit )
Menyanyikan sambil menepuk tangan mengikut corak irama.

1. Guru menyanyikan lagu ini dengan iringan minus one.
2. Guru menyanyikan lagu ini sambil menepuk tangan berpandukan corak irama tadi.
3. Guru dan murid menyanyi lagu tersebut.
4. Guru membimbing murid menyanyi sambil menepuk tangan.
5. Guru mengesan kesalahan pitch, sebutan dan tepukan semasa nyanyian.


1. Murid-murid memerhati dan mendengar dengan teliti.
2. Murid-murid ‘menyanyikan’ lagu ini.
3. Murid menynyi sambil menepuk tangan.

Nilai : Berdikari, teliti, sabar.
Langkah 4
( 15 minit )
Memainkan alat perkusi mengikut corak irama yang diimbas pada slide powerpoint.

1. Guru menayangkan gambar cara mengendalikan alat perkusi loceng dan kayu tik tok.
2. Guru menunjukkan cara mengendali dan memainkan alat


5. Murid-murid memerhati dan mendengar penerangan guru seterusnya memainkan alat perkusi tersebut mengikut corak

Langkah 3
( 15 minit )
Menyanyikan sambil menepuk tangan mengikut corak irama.

1. Guru menyanyikan lagu ini dengan iringan minus one.
2. Guru menyanyikan lagu ini sambil menepuk tangan berpandukan corak irama tadi.
3. Guru dan murid menyanyi lagu tersebut.
4. Guru membimbing murid menyanyi sambil menepuk tangan.
5. Guru mengesan kesalahan pitch, sebutan dan tepukan semasa nyanyian.


1. Murid-murid memerhati dan mendengar dengan teliti.
2. Murid-murid ‘menyanyikan’ lagu ini.
3. Murid menynyi sambil menepuk tangan.

Nilai : Berdikari, teliti, sabar.

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Secara keseluruhannya, objektif pengajaran saya pada hari tersebut telah mencapai objektifnya. 90% daripada murid telah dapat memainkan  alat perkusi dengan tempo yang betul manakala 10% lagi dapat bermain perkusi dengan bimbingan guru.

Kekuatan
Saya akui, subjek Pendidikan Muzik sangat digemari oleh murid-murid kerana ia menggabungkan aktiviti nyanyian, gerakan dan permainan alat perkusi. Penggunaan teknologi maklumat (power point) dalam persembahan set induksi menarik minat murid untuk mengikuti pelajaran seterusnya. Murid juga telah ditunjukcara tentang rentak dan tempo yang betul ketika bermain alat perkusi.

Kelemahan
Tiada kelemahan yang ketara dikenalpasti semasa sesi pengajaran. Cuma terdapat 2 orang pelajar yang perlukan bantuan kerana mereka masih belum dapat mengenalpasti rentak dan tempo muzik.

Cara mengatasi
Guru membimbing murid-murid untuk bermain alat perkusi dengan betul dengan iringan muzik.

3. PRH dan Refleksi P&P Bahasa Malaysia Tahun 1


Tarikh : 14 Januari 2011
Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia
Kelas : Tahun 1
Tema : Perpaduan
Tajuk : Semangat Muhibah

Standard Kandungan

1.6 Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat secara bertatasusila.

4.1 Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur.

Standard Pembelajaran

1.6.3 Berbicara untuk menyampaikan maklumat dengan tepat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan perkataan yang sesuai secara bertatasusila.

4.1.2 Menyebut dengan jelas dan memahami seni kata lagu melalui persembahan nyanyian secara didik hibur.

Objektif Pembelajaran

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1 Berbicara untuk menyampaikan maklumat dengan tepat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan perkataan yang sesuai secara bertatasusila.

2 Menyebut dengan jelas dan memahami seni kata lagu melalui persembahan nyanyian secara didik hibur.

Media Pembelajaran (ABM, BBM, BBB)

1 Bahan Maujud dan gambar melalui paparan komputer; pisang dan ubi.

2 Gambar pegun dan gambar melalui paparan komputer; gunung dan sawah padi.

Pengetahuan Sedia Ada: Pernah mendengar lagu “Rasa Sayang” dan pantun nasihat.

Nilai Murni: Kasih Sayang, Berhemah dan Berbudi.

INDIKATOR AMALAN

FASA PERSEDIAAN
1.2.2 - Mengasingkan maklumat berdasarkan kriteria tertentu.
1.2.3 - Mengumpulkan maklumat berdasarkan kriteria tertentu.

AKTIVITI
Set Induksi

1 Murid dipertontonkan dengan empat gambar di skrin komputer untuk mendapatkan idea atau maklumat lisan daripada murid-murid.

2 Murid menjawab beberapa soalan guru tentang bahan rangsangan tersebut.

a). Namakan gambar yang kamu lihat?
b). Di manakah benda ini dijual?
c). Pernahkah kamu pergi ke tempat ini?

3 Guru menyenarai jawaban murid tentang nama gambar yang dipertontonkan dan meminta murid mengeja nama gambar tersebut.

FASA IMAGINASI

2.1.1 - Menghasilkan idea-idea baharu yang banyak (yang mungkin benar atau tidak pasti tetapi lojik.

2.1.4 - Mencari hubung kait, hubung jalin atau corak berdasarkan maklumat yang ada.

Langkah 1

1 Murid-murid lain dikehendaki memberi idea atau pendapat tentang mana-mana gambar yang ditunjukkan.

2 Beberapa orang murid diminta menceritakan perkara berkaitan gambar dalam bentuk ayat tunggal.

a). Apakah beza pisang dengan ubi kayu?
b). Apakah beza gunung dengan sawah?
c). Apkah yang kamu tahu tentang sawah?

3 Membina asas kepada pengalaman (bagi murid yang tiada pengalaman) untuk membantu dalam proses perkongsian dan berkomunakasi.

a). Apakah rasa pisang yang belum masak?
b). Apakah jentera yang digunakan oleh petani di sawah mereka?


FASA PERKEMBANGAN

3.1.3 - Memberi pelbagai penerangan rasional tentang idea.

Langkah 2

1 Murid-murid akan melakukan aktiviti secara berkumpulan. Mereka dibahagikan kepada empat kumpulan.

2 Guru memperdengarkan lagu pantun empat kerat. Murid mengecam perkataan pisang dan gunung dalam lagu tersebut.

a). Buah apakah yang diceritakan dalam lagu tersebut?

b). Apakah nama gunung dalam lagu itu?
Latihan Pengukuhan / Peneguhan;

c). Murid akan melengkapkan pantun yang dipaparkan pada skrin komputer secara individu dan secara didik hibur.


Langkah 3

1 Murid-murid melengkapkan pantun dengan pilihan jawapan yang disediakan pada lembaran kerja.

2 Guru mengedarkan lembaran kerja kepada semua murid.

3 Guru meminta ketua setiap kumpulan murid membacakan jawaban latihan yang diberi. Guru membimbing jika berlaku kesalahan menentukan jawapan oleh kumpulan.


FASA TINDAKAN

4.2.3 - Mempraktikkan proses kreatif untuk menghasilkan idea baharu secara berterusan.

Langkah 4

1 Guru membuat undian lagu “Rasa Sayang” yang akan dipersembahkan oleh keempat- empat kumpulan murid tersebut.

2 Guru memberi masa 10 minit untuk setiap kumpulan merancang persembahan kreatif mereka untuk memburu gelaran johan.

3 Setiap kumpulan murid mempersembahkan nyanyian lagu “Rasa Sayang” dengan gaya (gerak badan) dan retak tersendiri.

4 Murid boeh menggunakan kostium dan alat bantu tertentu semasa mereka membuat persembahan nyayian tersebut. Guru dan murid-murid sendiri yang akan mengadili pertandingan nyanyian tersebut. Kumpulan akan diadili dari segi suara, gaya, bakat, dan penampilan setiap anggota kumpulan.


Penutup

1 Murid membuat rekfleksi perkara yang telah mereka pelajari pada hari ini dan guru mengaitkan dengan nilai murni.

2 Guru memberi pujian dan penghargaan kepada semua murid.

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Secara keseluruhannya, objektif pengajaran pada hari tersebut tidak tercapai sepenuhnya kerana haya 50% daripada murid dapat bertutur dengan jelas untuk menyampaikan maklumat dengan tepat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan perkataan yang sesuai secara bertatasusila. Walaupun begitu, 70% daripada murid dapat  menyebut dengan jelas dan memahami seni kata lagu melalui persembahan nyanyian secara didik hibur.

Kekuatan
Pembelajaran melibatkan aktiviti reflektif dalam langkah penutup .Murid mengawal proses pembelajaran mereka secara refleksi tentang pengalaman pembelajaran yang mereka lalui dan langkah ini akan memahirkan mereka belajar.Guru boleh membantu dengan menyediakan  suasana pembelajaran yang selesa untuk murid bertanya soalan tentang sebarang keraguan tentang pembelajaran.Guru perlu menyediakan situasi yang membolehkan murid membuat refleksi tentang pembelajaran yang dilalui dan kaitannya  dengan pengetahuan sedia ada murid.

Kelemahan
Kaedah penyampaian yang kurang berkesan misalnya membosankan,tidak menarik dan kurang bersesuaian dengan tahap pemikiran pelajar dan keadaan persekitaran .Pelajar tidak memberikan perhatian sewaktu sesi P&P kerana murid –murid berasa lesu.kurangnya penglibatan murid-murid juga menyumbang kepada masalah ini.

Cara mengatasi
Pendekatan pengajaran yang lebih menyeluruh dan berkesan perlulah dilaksanakan .Berikan contoh-contoh yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian agar mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan tersebut seterusnya menjadi suatu hikmah dalam kehidupan mereka. Gambarajah dan animasi video boleh dipaparkan semasa  P&P.Suasana  pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokkan.Guru perlu memastikan  agar suasana pembelajaran sentiasa menyeronokkan.Ini dipengaruhi oleh sikap pelajar dan persekitaran kelas.Keadaan kelas yang selesa membantu sesi P&P berjalan dengan lebih lancar  dan berkesan.

2. RPH & Refleksi P&P Pendidikan Moral Tahun 2


Tarikh              : 03 Mac 2011
Matapelajaran : Pendidikan Moral
Kelas               : Tahun
Nilai Utama     : Hemah Tinggi
Pecahan Nilai  : Kesopanan
Tajuk/ Isu:         Minta kebenaran guru besar.
Nilai sampingan:   Budi pekerti, berbudi bahasa.
Pendekatan:      Pembelajaran Aksi
Teknik:               Tunjuk cara & Simulasi
Objektif:       Pada akhir pengajaran murid-murid akan dapat 
1.    Menunjukan budi bahasa dan bersopan santun semasa berhubung dengan orang lain.

2.    Memupuk sikap bersopan santun dalam pergaulan antara manusia.
 
Unsur KBKK:  Murid dapat berfikir dan bertindak mengikut situasi
ABM: Gambar dua orang yang sedang berbual-bual
 
 
Langkah
Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan
Indusi set
(3 minit)
Bagaimana kita boleh memulakan
perbualan dengan seorang yang tidak dikenali?
Apakah akan anda lakukan setelah 
menerima bantuan daripada seseorang?
Sekiranya kita tidak menghormati orang
lain, apa akan berlaku?
Guru menanyakan beberapa orang murid tentang 
reaksi mereka.
gambar
orang sedang 
berbual-bual
Langkah 1
(10 minit)
Minta kebenaran guru besar untuk  balik awal kerana anda kurang sihat.
Catatan pemerhatian:-
-apa yang patut dilakukan  dan tidak patut dilakukan
-cara masuk ke dalam bilik G. besar
-memberi salam
-gaya berdiri di hadapan G. Besar
-cara memulakan perbualan
-cara minta kebenaran (berlagak macam orang  sakit)
-cara meninggalkan bilik
Aktiviti simulasi
Guru menyusun perlatan dalam kelas seolah-olah seperti
pejabat guru besar.
Guru main peranan sebagai guru besar.
Seorang murid dipilih untuk berlakon sebagai  pelajar sakit yang minta kebenaran.
Pelajar lain dibahagikan kepada kumpulan dan diminta   membuat catatan tentang perkara yang disenaraikan semasa lakonan.
Catatan boleh dibuat dalam borang pemerhatian 
borang
pemerhatian
Langkah 2
(10 minit)
Aktiviti lakonan mengikut kumpulan.
Murid boleh main peranan sebagai guru besar
Berpandukan catatan yang dibuat setiap kumpulan akan melakonkan situasi ini semula.
Kumpulan lain boleh melihat kelemahan kumpulan yang beraksi dan  memperbaiki diri mereka.

Langkah
(5 minit)
Tunjuk cara
Guru memberi pandangan tentang lakonan murid dan menunjukkan cara yang betul. 

Penutup
(2 minit)
Mengapa kita harus bersopan santun apabila
berhubung dengan orang lain?
Bersoal jawab dengan murid
Murid dibimbing untuk membuat rumusan



Refleksi Pengajaran dan pembelajaran

Pengajaran pada hari tersebut telah mencapai objektifnya kerana murid dapat menggunakan bahasa yang sopan dan bersesuaian dengan situasi, kelakuan yang betul serta tatacara yang bersopan ketika berhadapan dengan situasi meminta keizinan daripada guru besar untuk pulang kerana sakit. Ini dapat dinilai daripada lakonan simulasi yang mereka tunjukkan.

Kekuatan

Mengajar Pendidikan Moral bukanlah mudah kerana ia menuntut kefahaman yang tinggi di kalangan murid. Kekuatan yang terdapat semasa sesi pengajaran pada hari tersebut ialah pendekatan yang digunakan iaitu meminta murid melakonkan aksi yang sopan ketika meminta kebenaran untuk pulang ke rumah daripada guru besar. Lakonan tersebut dapat diaplikasikan sekiranya mereka menghadapi situasi sebenar. Pertuturan dan tingkah laku yang sopan diharapkan dapat menjadi amalan murid ketika berhadapan dengan orang yang lebih dewasa.

Kelemahan

Kelemahan yang dikenalpasti daripada sesi pengajaran pada hari tersebut ialah ada dikalangan murid yang tidak melengkapkan boring pemerhatian. Ini mungkin disebabkan oleh mereka tidak faham tentang apa yang perlu ditulis dalam borang pemerhatian tersebut. Perkara tersebut dapat diatasi dengan guru member penerangan yang jelas tentang cara melengkapkan borang pemerhatian tersebut. Guru juga boleh menggunakan borang pengurusan grafik